NegeriTerengganu

Pemuda Bukit Besi Giat Program Ziarah

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN – Berseiringan dengan tema politik matang Dan sejahtera, Ketua Pemuda PAS Felda Jerangau Mohd Ridhuan Yusoff yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda DUN Bukit Besi melakukan ziarah dakwah.

Menurut Ridhuannya aktiviti itu kita akan diteruskan kepada semua rumah-rumah penduduk yang berada dalam Felda tersebut ini tanpa mengira fahaman politik.

“program ini akan dijadikan takwim bulanan Pemuda PAS Felda Jerangau bagi menyantuni penduduk di sini denngan kerjasama NGO Generasi,”ulas beliau yang menambah, Opandi bin Ahmad mewakili NGO GENERASI Felda Jerangau dalaan ziarah tersebut.

Tepat pada jam 5 petang, rombongan itu sampai diperkarangan rumah peneroka felda yang dikenali sebagai Pak Saad yang mengalami kesukaran untuk bergerak kerana mengalami kepatahan tulang yang serius di bahu, tangan Serta kakinya.

Ketika menerima kunjungan beliau menzahirkan kesyukuran kerana Pemuda PAS sudi dilawati melawati beliau,

“terima kasih kerana mari melawat ambe……..ambe cedera adalah akibat dari ditimpa pokok besar ketika sedang mengusahakan ladang,”ujarnya.

Katanya, beliau juga turut diziarahi oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman.

Setelah itu Ridhuan berkunjung ke rumah generasi kedua felda Aina Farid bin Abdul Wahab, anak kepada peneroka yang mengalami penyakit saraf semenjak 2 tahun yang lalu.

Ayah Aina Farid sebelum ini bertugas sebagai polis bantuan di kilang Felda Jerangau Barat, namun akibat dari penderitaan yang dialami menyebabkan beliau tidak lagi bekerja.

Beliau turut mengucapkan rasa syukur di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Pemuda PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️