NegeriTerengganu

Umno ‘Ciplak’ Gerakerja PAS

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Umno Bahagian Dungun bukan sahaja ketandusan pemimpin bahkan juga ‘muflis’ idea sehigga ‘mencuri’ program-program yang telah dilaksanakan oleh PAS.

Ketua Penerangan dan Hubungan Media PAS Dungun, YB Cikhu Alias Harun berkata, Umno sekarang ini sedang giat menciplak aktiviti PAS.

“Sekarang UMNO Dungun yang di ketuai oleh Din Adam mencuri gerakerja yang kita biasa lakukan, …………terbaru , ziarah orang sakit dan miskin,

“kalu sebelum ini buat di dewan-dewan sekolah atau sekadar melepaskan batuk ditangga, tetapi sekarang mereka mencuri idea kita,

“dengan menziarahi dari rumah ke rumah dan sasaran mereka penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang.

Beliau berkata demikian ketika berucap, menutup Bengkel Media PAS Kawasasn Dungun yang diadakan di Dewan Seminar Darul Bayan, Paka, pada Sabtu 19 Mac, disini.

Beliau berpendapat,mMungkin UMNO Dungun merasa selesa untuk merampas DUN Rantau Abang, memandangkan majoriti yang diperolehi oleh PAS hanya 141 undi sahaja.

Sehubungan itu, beliau menggesa lebih ramai penggiat media yang aktif bagi menyebarkan berita tentang aktiviti yang dilaksanakan oleh pemimpin PAS.

“jadi saya amat mengharapkan supaya peserta-peserta perbanyakan penulisan, kembangkan.dan sebarkan untuk membantu meningkat undi majoriti,

“PAS memerlukan tenaga media yang ramai untuk menulis berita aktiviti-aktiviti pemimpin PAS terutama di Dungun ni, ada Ahli Parlimen dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri yang perlu kita war-warkan (beritanya) kepada masyarakat,

“bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk meninggikan Islam, ‘Islam Itu Tinggi . Dan Tiada Yang Lebih Tinggi’, “jelas Cikgu Alias.

Beliau juga meminta pihak Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) yang menjadi fasilitator program tersebut, menganjurkan satu atau dua lagi kursus secara ‘praktikal’ untuk memantapkan mutu penulisan.

Katanya, pendedahan bengkel tersebut merupakan ‘langkah pertama’ yang memberi penekanan secara teori tidak secara praktikal.“Paling diharapkan kena menulis yang benar terutama sekali fakta, jangan kita pakai tembak atas darat (tipu),

“kalau tak berkaitan dengan orang lain mungkin tak bermasalah , (sebaliknya) jika berkaitan dengan mungkin berlaku saman menyaman,”katanya memberi ingatan kepada para peserta.

Oleh itu, beliau menggesa supaya para pengamal media menyelidiki sesuatu fakta, ssebelum menulis dan menerbitkan sesuatu berita atau artikel.

Bengkel yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, juga mendedahkan kepada peserta teknik-teknik menulis, beridea dan etika dalam penulisan berita serta kewartawanan fotografi (fotojournalis).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️