NegeriTerengganu

Makan Malam Amal BPPNT; Siapa Cepat Dia Dapat

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dengan kerjasama Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) akan menganjurkan satu majlis, Makan Malam Amal bagi mengutip dana untuk pilihan raya umum kali ke-14.

Pengarahnya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, majlis tersebut diadakan di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam, pada Ahad 15 Mei,2016.

“Saya dengan ini mempelawa sahabat handai, rakan taulan serta semua sahabat sekalian untuk berinfaq kepada tabung perjuangan anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu ( BPPNT ),”

“dengan membeli atau menaja RM100 bagi satu kerusi atau RM1,000 untuk satu meja seramai 10 orang, dalam majlis Makan Malam Amal bersama YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,”ujarnya.

Menurutnya, ada empat meja VVIP, dan empat meja untuk VIP, kepada mereka yang berniat untuk memberikan sumbangan yang lebih besar.

Manakala bagi meja biasa, diperuntukkan sebanyak 1000 kerusi, sebagaimana yang tersebut diatas.

Katanya, sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, atau untuk sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi beliau ditalian 019-989 4125.

“Selain itu, mereka yang berminat boleh menghubungi ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karimm ditalian 016-211 5591 dan Ustaz Mohd Soud Said di talian 019-987 9332,

” Bagi mereka di Lembah Kelang dan lain-lain negeri juga boleh berurusan dengan Adram Musa di talian 013-384 5555, Khairol Azli di talian 010-243 3400 dan Zulhilmi at-Takiri di talian 012-928 3560,

Beliau menyeru agar orang ramai dan para pencinta perjuangan Islam agar berlumba-lumba untuk berinfaq kerana menurutnya, tidak ada sistem tempahan yang diterima, kerana sumbangan akan diterima atas dasar “siapa cepat, dia dapat”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️