NegeriTerengganu

Peserta ‘Siti Khadijah’ Paling Jauh Datang Dari Medan

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Siti Khadijah bukan sahaja model wanita berjaya di dalam perniagaaan tetapi juga sebagai ikon dakwah.

Pentas Anak Muda sempena HIMAD bertemakan “I Want To Be The Next Siti Khadijah” yang mengupas tentang kehidupan wanita pertama masuk Islam itu, telah membariskan tiga muslimat yang berbeza latar belakang.

Panel pertama Dr. Rosni Adam, seorang doktor gigi yang melibatkan diri di arena politik tanah air. Beliau kini adalah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

Katanya, anak-anak muda herus mengambil Siti Khadijah sebagai panduan dalam kehidupan.

“Kita patut menjadikan Saidatina Siti Khadijah sebagai role model yang mencontohi keseluruhan kejayaan beliau,

“sebagai pendakwah yang menggunakan keseluruhan harta kekayaan untuk Islam, menjadikan beliau kaya dunia dan kaya di akhirat,”ulasnya.

Beliau menceritakan sirah Rasulullah SAW dan berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang isteri, ibu yang mempunya anak remaja dan bayi, sebagai seorang doktor dan sebagai pemimpin organisasi yang berdepan dengan masyarakat umum seluruh Malaysia.

Panel kedua merupakan pengasas produk kecantikan Nurraysa, iaitu Puan Nuraini Zolkepli yang telah bergelar jutawan dalam usia 23 tahun.

Sebagaimana Saidatina Khadijah mengabadikan khidmatnya kepada Rasulullah SAW, begitu juga nasihat Puan Aini kepada pengunjung yang hadir.

” Jagalah suami dan ibubapa kerana merekalah ‘keramat hidup’ kita selaku isteri dan anak, in shaAllah keberkatan akan datang kerana kita membantu orang di sekeliling kita menurut suruhan Allah swt,

“bukan kerana demi kekayaan atau duit,”katanya.

Manakala Cik Fara Sha’are, seorang bakal doktor merupakan panel ketiga forum Pentas Anak Muda adalah pengasas Furaiha, produk organik untuk kulit.

Beliau telah berjaya membina empayar perniagaan mencecah RM 100,000 dalam masa tiga bulan produknya berada di pasaran.

Sepertimana hujah yang diberikan oleh panel pertama dan kedua, selain kepentingan objektif yang mahu dicapai, Fara berkata, niat dan kuasa sedekah adalah antara faktor kejayaan perniagaan.

Fara juga berkongsi titik mula (turning point) bagaimana beliau menceburkan diri dan kenapa beliau menyertai perniagaan.

Menurut Daing Siti Norbaity Abdul Hamid, setiausaha AMEERAH Kawasan Fungun, pada awalnya kita telah menerima 115 orang yang menghantar borang pendaftaran untuk menyertai Pentas Anak Muda.

“namun di saat akhir, ramai yang menarik diri kerana pelbagai urusan,berbetulan HIMAD yang dianjurkan bersempena cuti sekolah,”ujarnya.

Katanya, Pentas Anak Muda juga menyediakan Anugerah Khas untuk Peserta Paling Jauh dan menjadi pilihan kepada pihakpenganjur kerana ada peserta yang dari Pahang, dua dari Kelanfandan seorang dari Selangor.

Namun agak mengejutkan, peserta paling jauh sekali ialah Cik Muliyani Fitri dari Indonesia yang mendapat tepukan penonton dengan kesungguhannya untuk hadir ke bumi Dungun demi ‘mengutip ilmu’.

Program ini berjaya menarik ramai peserta yang sebelum ini tidak pernah hadir ke program PAS atau program Ameerah sendiri.

“Saya amat menyukai penganjur program yang sangat ramah, banyak ilmu yg boleh dikongsikan sememangnya bermanfaat terutama dalam bisnis, memberi motivasi untuk berjaya selain menambah ukhuwah serta menambah silaturahmi”, ujar Mulyani, 26 tahun yang berasal dari Medan Indonesia.

Seorang pengunjung yang ditemui, Fatanah Abdullah,33 dari Dungun amat gembira mendengar perkongsian daripada tiga panelis yang diundang serta bersyukur atas nikmat masa dan ilmu bermanfaat yang perolehi hari.

Beliau juga memberi ‘lima bintang’ buat semua panitia yang bertungkus lumus menjayakan program.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️