NegeriTerengganu

Terima Kasih dan Syabas Kepada Peserta Bantah TPPA Dari Terengganu

KUALA LUMPUR – Himpunan Aman Membantah TPPA telah berjaya diadakan dengan sokongan parti-parti politik serta NGO, bahkan ia turut dihadiri oleh sebuah organisasi yang mewakili ketua-ketua cawangan Umno.

Setiausaha Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Terengganu (DEMI) Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengucapkan ribuan terimakasih atas komitmen peserta dari negeri Terengganu.

“saya ucapkan ribuan terima kasih kerana komitmen yang begitu tinggi, yang telah ditunjukkan oleh peserta dari Terengganu yang datang………..ribuan dari seluruh daerah di negeri Terengganu,

“saya juga ucapkan syabas kepada penganjur yang telah berjaya menganjurkam himpunan aman ini dengan jayanya tanpa insiden yang tak diingini walau kita rasa agak terkilan dengan pihak berkuasa yang tidak membenarkan kita berhimpun di Dataran Merdeka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi Demonstrasi di Padang Merbuk, Jalan Parlimen ketika himpunan sedang diadakan.

Oleh itu, beliau berharap agar bantahan ribuan rakyat terhadap TPPA itu memberi kesedaran kepada pihak kerajaan.

“Semoga himpunan ini dapat memberi lebih kesedaran kepada rakyat tentang mengapa kita perlu tolak TTPA,

“dan harapan kita kepada pihak kerajaan agar mendengar penentangan rakyat ini dengan menolak TTPA,”tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️