NegeriTerengganu

Najib ‘Pukul’ Mukhriz Sindir Mahathir

KEMAMAN – Tindakan sebahagian pemimpin Umno Kedah yang mahu Menteri Besarnya Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir meletakkan jawatan disifatkan sebagai ‘pukul anak sindir menantu’.

PAS Terengganu melihat ia adalah perancangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mahu ‘memulas telinga’ Mukhriz untuk menyindir bapanya Tun Mahathir.

”apabila sebahagian daripada pemimpin Umno berbalah sama sendiri sehingga ‘menolak’ Menteri Besar Kedah Mukhriz Tun Mahathir,

“sebenarnya ini merupakan perancangan Najib sendiri…..….kalau orang panggil istilah kita ‘pukul anak sindir menantu’…..dia nak pulas tenlinga Mukhriz, nak sindir Tun Mahathir,”ujar Pesuruhjaya PAS YB Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu semasa dalam ucapannya di hadapan 500 orang warga Chukai pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat, di bandar Chukai pada Khamis 21 Januari.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai itu adalah sempena lawatan anggota Dewan Harian PAS Terengganu ke kawasan Kemaman, khususnya ke DUN Chukai.

Menurut beliau, berdasarkan keperitan hidup yang dialami oleh rakyat disebabkan masalah ekonomi yang semakin menghimpit, rakyat bukan sahaja mahu melihat pemimpin Umno ditukar, bahkan mahu menukar pemerintahan Umno negara ini.

“realiti hari ini, bermula tahun baru 2016, rakyat mula merasai keperitan hidup dan perkembangan ekonomi yang semakin hari semakin berat,

“rakyat akan mula membayar kenaikan bil api (tariff elektrik) denngan kadar kenaikan 15 peratus, tol akan naik 5 peratus (menyebabkan kos) pengangkutan akan naik,”jelasnya.

Katanya, semua golongan kini mneghadapi tekanan ekonomi termasuk para mahasiswa di university yang terpaksa berlapar, ‘mengikat perut’ mereka kerana tidak cukup wang belanja.

Turut hadir pada Majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2, YB Dr Alias Razak dan Haji Yahaya Ali, Setiausaha Haji Muhyiddin Abd Rashid dan Bendahari Cikgu M Shukrimus Shamsuddin serta anggota Dewan Harian yang lain.

Dalam program yang sama, sebanyak 100 buah motosikal telah diberikan khidmat menukar minyak pelincir secara percuma dan 150 orang susah dan kurang berkemampuan telah diberikan bantuan keperluan dapur.

ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, mereka yang menerima bantuan sumbangan keperluan harian itu adalah penduduk dari tiga buah kampung dalam bandar Chukai iaitu Kampung Tuan, Kampung Tengah dan Kampung Besut.

“kita berikan sedikit bantuan barang keperluan harian kepada 150 keluarga yang susah bagi meringankan beban mereka yang telah menghabiskan hampir kesemua pendapatan dalam membeli peralatan anak-anak untuk sesi persekolahan baru,

“begitu juga dengan bantuan minyak pelincir percuma, sekurang-kurangnya membantu mereka yang berpendapatan rendah,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

https://youtu.be/S0IjldHyrGE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️