NegeriTerengganu

PAS Ucap Terima Kasih, Tahniah Kepada Kepimpinan Polis Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negeri dan para pemimpin Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Terengganu, kerana menerima baik kunjungan hormat PAS negeri itu.

Pesuruhjayanya Ustaz Satiful Bahri Mamat juga merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Rosli Ab. Rahman serta kepimpinannya yang telah memberikan layanan mesra kepada para pemimpin PAS.

“saya dan anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu telah membuat kunjungan hormat tehadap Datuk Rosli Ab. Rahman Ketua Polis Negeri yang baru yang juga anak jati negeri Terengganu,

“mewakili PAS Terengganu saya mencucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan dan Ketua-ketua Jabatan Polis negeri yang menerima kami dengan layanan yang baik,”ujarnya selepas membuat kunjungan tersebut di Ibu Pejabat Kontinjen PDRM di sini ada Selasa 5 Januari.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya 1, YB Dr. Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Yahaya Ali, Bendahari Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin, Ketua Dewan Ulamak Dato’ Husin Awang, Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Ketua Penerangan YB Ustaz Mod Nor Hamzah dan Penolong-penolong Setiausaha YB Haji Hanafiah Mat serta Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka melahirkan rasa sukacita kerana pihak polis negeri telah memberikan taklimat dan dapat bertukar-tukar fikiran antara pemimpin PAS dan pihak polis tentang isu-isu keselamatan dalam negeri Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️