NegeriTerengganu

Pertahan Kelantan, Ambil Balik Terengganu

KEMAMAN – Pasca Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14akan datang, PAS hanya akan bekerjasama dengan Parti KeADIlan Rakyat (PKR) tanpa penyertaan DAP bakal teruji kemampuan bagi menarik sokongan pengundi Melayu.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi berkata pasca Pakatan Rakyat pada PRU14 menguji kerjasama PAS dengan PKR di negeri majoriti Melayu.

Katanya, PAS akan bergerak sendiri tanpa sokongan DAP dalam menarik sokongan bukan Melayu.

“Apa yang penting, pilihan raya akan datang pasca Pakatan Rakyat kita kena bergerak sendiri tanpa kerjasama DAP.

“PAS tidak terjejas sangat dengan kemelut dalam Pakatan Rakyat sebab kita masih bersama dengan PKR.

“Kita (PAS) kena pertahankan kerajaan Kelantan, ambil balik Terengganu dan menangkan Pahang, Kedah dan Perlis di negeri majoriti Melayu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Liqa Fikri PAS Dun Chukai dengan tema “Kekalkan Chukai PRU14” di Lagoona Resort, Cherating pada Rabu lalu, 14 Oktober.

Antara ahli panel pengisian program tersebut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman.

Hadir sama pada majlis itu Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Ketua Muslimat PAS Kemaman, Ustazah Fainah Mat, Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood dan Ketua Pemuda Dun Chukai, Faizal Omar.

Ustaz Nasaruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh mahukan agar kerajaan PAS Kelantan mesti dipertahankan pada PRU14.

Bahkan, katanya negeri-negeri yang majoriti Melayu itu mesti dikuasai oleh PAS bagi menggantikan Umno memerintah negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️