Teruskan Kecemerlangan Dengan Gerak Kerja PRU-14
KUALA TERENGGANU – Kontingen Pemuda Kuala Nerus dan pasukan Jabatan Amal Kuala Nerus telah dinobatkan sebagai Kontingen Terbaik Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) pada kali ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.
“syabas buat semua anggota Kontingen Pemuda Kuala Nerus dan pasukan Jabatan Amal Kuala Nerus atas kejayaan sebagai Kontingen Terbaik Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT),
“Usaha gigih Jawatankuasa Kontingen Kuala Nerus dan seluruh Jawatankuada Pemuda DUN amat membanggakan,”ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus menyifatkan kejayaan itu adalah usaha kerjasama erat antara semua pihak.
Penerapan budaya persaingan yang bermesej persaudaraan, kata beliau, adalah satu pembudayaan yang baik untuk melahirkan budaya kerja cemerlang pasukan anak muda PAS.
Oleh itu, beliau kepada semua pemuda PAS Terengganu khususnya para pemuda Kuala Nerus meneruskan kecemerlangan yang dicapai untuk menyusun gerak kerja menghadapi pilihanraya kali ke-14 akan datang.
“persaingan yang baik seperti ini bagi memperkukuhkan kemenangan PAS (khususnya) di Kuala Nerus.
“saya menyeru agar semua pemuda melipat gandakan gerak kerja menawan hati anak muda dan bersiap sedia mendepani PRU 14 dengan penuh persediaan,”jelas beliau.
Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Tepoh merakamkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa rakan anggota Jabatan Amal Marang yang terlibat dengan insiden kemalangan di Mengabang Bakong, Batu Rakit.
“saya merakamkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa rakan anggota Jabatan Amal Marang yang terlibat dengan kemalangan yang berlaku di Mengabang Bakong.
“Insiden kemalangan motorsikal pemuda Kuala Nerus juga amat mendukacitakan kita. Semoga semua mangsa kemalangan akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT,”katanya
Beliau berjanji akan menjalankan melalui Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat Pemuda PAS negeri melancarkan kutipan untuk membantu mereka.
“Didoakan mereka semua dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT dan kesembuhan,”tambah beliau