NegeriTerengganu

Kedudukan 16 :16 Bergema Kembali

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat menyifatkan mesej tentang pemecatan pemimpin Umno yang beredar di ‘alam maya’ bertepatan dengan kenyataannya sebelum ini-

Justeru itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mendakwa kenyataan beliau ‘tidak masuk akal’ kerana menceritakan, beliau telah dikunjungi oleh beberapa pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Umno di negeri Terengganu.

“Kita tunggu dan lihat………mesej tentang pemecatan pemimpin Umno sedang bertebaran sekarang ini,

“Umno Terengganu jangan ‘berdebar perut’ sebab gema 16 : 16 sedang bergema kembali sekarang……..kita tengok perkembangan lanjut macamana nanti,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang mesej aplikasi ‘Whatsapp’ yang menyatakan beberapa orang pemimpin Umno akan dipecat ekoran krisis ketidakpercayaan mereka kepada Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Umno telah dipecat dari jawatannya, kerana beliau telah mempersoalkan tentang skandal 1MDB.

Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal juga dipecat dari jawatannya selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, turut dikaitkan dengan kelantangannya menyuarakan kritikan tentang cara kerajaan mengendalikan krisis 1MDB.

Menurut Hanafiah, mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal antara pemimpin Umno yang ‘panas’ kerana mennjukkan sokongannya secara terbuka kepada Muhyiddin.

Secara kebetulan, kata beliau, nama Ahmad Said juga disenaraikan dalam mesej yang tersebar melalui aplikasi ‘whatsapp’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️