NegeriTerengganu

E-Kasih Mari Doh Sapa ‘Lebut Jalan’…

Oleh : Dr Azman Ibrahim

“E-Kasih dengan Tok Ngulu mari doh sapa lebut (lunyai) jalan, tapi papan sekeping pun tak sapa…” Begitulah keluhan seorang warga emas yang dikenali dengan panggilan Mok Teh Yam, 71 tahun.

“Tok Ngulu mari buat apa Mok Cik?” Tanya saya. “Mari ambik gambar jah, lepas tu kelik. Pah tu mari pulok ambik gambar, lepas tu kelik!” “Gelegar (lantai) rumoh Mok Cik ni, nak semayang pun bimbang takut jatuh.” Keluh warga emas ini yang telah mendiami rumah papan usang di Kampung Kerandang, Jabi sejak lebih 50 tahun yang lalu. Bermakna usia rumah ini dah melebihi usia saya.

Kemiskinan hidup mereka anak-beranak yang mendiami rumah ini menyebabkan mereka tak mampu berbuat apa-apa untuk untuk memperbaiki teratak usang yang menjadi tempat berteduh sejak sekian lama.

Sekadar meraih pendapatan dengan menanam sayur secara kecil-kecilan di sekeliling rumah, ianya hanya cukup untuk sesuap rezeki bagi mengisi perut.

Selain dari lantai rumah yang dah terlalu reput dan tak selamat lagi untuk diduduki, atap rumah juga sudah banyak yang bocor.

Keluhan warga emas ini telah diambil perhatian oleh PAS Jabi dengan kerjasama PAS Cawangan Kerandang.Semalam, Jumaat 12 Jun 2015, Mok Teh Yam mampu tersenyum riang.

Tenaga khidmat PAS Jabi dibantu Unit Amal Dun Jabi telah mengadakan gotong-royong untuk membaik pulih teratak Mok Cik Yam terutamanya bahagian lantai dan atap yang perlu ditukar baru.

“Malam ni Mok Teh Yam buleh tido jenero, semayang pun khusyuk sikit, tak takut jatuh doh.” Saya sempat bergurau dengan warga emas yang peramah ini. Walaupun usianya dah lanjut, tapi masih sihat dan kuat daya ingatan.

Sebenarnya bukannya banyak pun belanja yang diperlukan. Lebih kurang RM4 ribu dah mencukupi untuk dibelikan barang-barang dan kelengkapan. Kerja boleh dilakukan secara gotong-royong tanpa satu sen pun belanja.

Tetapi kenapa selama Mok Teh Yam anak-beranak perlu melalui semua kepayahan ini bersendirian?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️