NegeriTerengganu

Kontingen Terengganu Giatkan Kempen

ROMPIN – Gelombang ketiga petugas PAS dari negeri Terengganu bergabung tenaga melaksanakan kempen pilihan raya kecil parlimen Rompin bagi menyasarkan kemenangan di tiga peti undi yang diamanahkan.

Pengarah Bilik Gerakan Kontingen Terengganu Alghazali Abu Bakar berkata, petugas Muslimat dan Ameerah akan menziarahi para pengundi, pemuda akan mengedarkan risalah dan menjalankan khidmat gotong royong, manakala Ulamak akan memberi kuliah di surau dan masjid.

“Pemuda akan mengedarkan risalah di kedai-kedai bandar Rompin kemudia akan bergotong royong membaiki surau nelayan,

Muslimat akan menziarahi rumah ke rumah dan ulamak akan mengajar di surau dan masjid,”ujarnya ketika memberi taklimat di markaz PAS Rompin, di sini pada Selasa 28 April.

Pada sebelah petang pula, katanya, semua jentera terutamanya Pemuda dan Ameerah akan mengadakan ‘flashmob tolak GST’ di bandar Rompin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️