NegeriTerengganu

Isu Banggol Donas ; Haji Salleh Ajak MB Berdailog

KUALA NERUS – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas, Haji Salleh Embong menaruh harapan tinggi kepada MB Terengganu yang baharu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya, selama ini tidak ada satu pihak pun dari kerajaan yang bersedia untuk berbincang dengan penduduk terbabit.

“Saya nak beritahu selama ini tidak ada satu pihak pun daripada kerajaan negeri yang sanggup dengar rintihan kita (rakyat). Sebelum ini, ketika kes (tanah) di Banggol Binjai pihak kerajaan sanggup turun dan berdailog dengan penduduk tetapi tidak dalam kes di Banggol Donas ini.

“Pelbagai tuduhan tidak berasas dibuat terhadap kami penduduk di Kampung Banggol Donas ini terutama kepada saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak.

“Sebenar ini, itu semua tuduhan liar yang tidak berlaku contohnya, apabila pihak peguam kami tanya kenapa surat notis penting tidak diserahkan sendiri kepada penamanya, pihak pejabat tanah jawab…kami (penduduk) buat keluar parang atau senjata.

“Sebenarnya, mereka (pegawai) tidak datang pun jumpa kami. Jadi alasan orang kampung buat keluar parang dan tidak mahu terima notis itu tidak betul.

https://youtu.be/LozRfUoSHDQ

“Saya fikir jalan terbaik ialah duduk semeja dengan pihak berkenaan (berkuasa) atau blogger-blogger yang tulis dalam media baharu, facebook dan sebagainya. Saya harap dengar dari mulut (penjelasan) saya sendiri, cerita dari saya sendiri.

“Jadi jika cerita sebelah pihak (kerajaan) sahaja tidak boleh dan tidak baik sebenarnya. Kita orang Melayu Islam kenapa perlu emosi dalam menulis tanpa fakta,” jelasnya.

Beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus turut mempelawa semua pihak termasuk wartawan, blogger dan penulis media sosial agar bersemuka secara langsung dengannya.

“Harapan saya hari ini dengan MB yang baharu ini, yang mempunyai latar belakang seorang konsular yang bersifat lemah lembut, boleh diajak berbincang dan sebagainya.

“Harapan saya, dia (MB) boleh kira bicara dan boleh selesai masalah dan kepada orang yang menulis (wartawan) dalam akhbar atau media baharu, harapan saya pada malam dialog itu nanti tanyalah seberapa banyak (soalan) yang hendak tanya dan saya akan jawab berdasarkan fakta dan peraturannya,” ujarnya.

Salleh berharap agar majlis dialog terbuka itu menjadi kenyataan bagi membolehkan beliau merungkai fakta sebenar dalam kemelut tanah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️