Hanya Tinggal Sehelai Sepinggang!
KEMAMAN – Itulah ungkapan yang mengambarkan kebakaran yang meragut hampir 90% harta benda mangsa yang dikenali sebagai Pak Pa di Kg. Peng.Cicar semalam.
Sebanyak 3 buah kereta bomba dari balai bomba Chukai bergegas ke tempat kejadian kira2 jam 5.30 petang bagi memadamkan api yang menjulang setinggi 20 kaki.
Kejadian juga dikongsi bersama dengan Pengarah MTD Kijal iaitu Ustaz Haji Hazri Jusoh yang sempat bertanya khabar dan berkongsi kesedihan diatas kejadian yang menimpa mangsa.
Derma Kilat digerakkan dimasjid dan surau yang berdekatan bagi meringankan beban mangsa.