NegeriTerengganu

Pemilik Sabasun Nafi Tidak Mahu Berjumpa MBKT

KUALA NERUS – Pengusaha dan pemilik Sabasun Hyper Runcit, Che Salmi Che Ibrahim menafikan dakwaan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang yang menuduh pihaknya tidak mahu berjumpa dengan pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Beliau kesal dengan tuduhan tersebut kerana katanya, beliau hadir pada 24 Disember, 2012 sebagaimana diarahkan dalam surat yang 10 Disember, 2012.

Sebaliknya, kata beliau Jabatan Kawalan Bangunan MBKT yang memanggil beliau, ada mesyuarat ‘ad-hoc’ dan pertemuan itu telah ditangguhkan oleh pihak MBKT sendiri.

“dia (datuk Azlan) kata……..dia bawa keluar surat……….. dia tunjuk surat yang keluar dalam surat khabar, dia kata dia keluarkan surat untuk Sabasun pada 24 Disember,

“bukan suruh (saya) pergi jumpa Datuk Bandar (tapi minta saya) jumpa Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan (MBKT) untuk berbincang,

“saya pergi………..saya pergi………tetapi (apabila sampai) saya diberitahu pada pagi itu, Jabatan ada ‘meeting ad-hoc’ yang penting jadi terpaksa tangguh (pertemuan) itu kerana Penolong Pengarah kena hadi mesyuarat (tersebut),”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di premis perniagaannya di Sabasun 2, Wakaf Tembesu dekat sini pada Khamis 6 Disember.

Beliau berkata, selepas pertemuan itu ditangguhkan, beliau menunggu untuk panggilan pertemuan lain, tetapi sampai hari ini, tidak ada sebarang maklum balas dari MBKT.

Sehubungan itu, beliau telah pun membuat temujanji dengan Datuk Bandar, pada Ahad depan 8 Disember, selepas Azlan secara terbuka dalam sidang media yang diadakan MBKT pada 3 Disember lalu.

Katanya, beliau meminta pejabat Sabasun membuat temujanji dengan Datuk Azlan sebaik mendapat maklumat tentang kesediaan Azlan untuk berunding menyelesaikan masalah bangunan Sabasun 1 di Bukit Kecil.

Menurutnya, pertemuan tidak dapat diadakan lebih awal kerana beliau difahamkan Datuk Azlan berada di luar negara, dan hanya kembali ke pejabat pada hari Ahad.

Mengulas tentang Datuk Bandar yang mendakwa bahawa pihaknya tidak tahu menahu tentang cadangan mengambil balik tanah Sabasun 2, Che Salmi berkata satu surat No. Rujukan MBKT 12/5/OSC/KPS/121/12(07) yang bertarikh 12 Januari, 2012 telah dihantar kepada beliau.

Surat rasmi MBKT yang ditandatangani oleh Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Ezrein Faizal Bin Ahmad itu memaklumkan keputusan menolak cadangan Sabasun untuk memajukan tanah miliknya sendiri kerana tapak itu terlibat dengan pengambilan tanah untuk Bandar Baru Perkasa Alam.

Che Salmi berkata beliau telah pun bertemu dengan pihak berkenaan dan bagi mengesahkan perakara tersebut.

Namun begitu beliau kesal kerana kerajaan tidak pernah memanggil beliau dan berbincang, selaku pemilik tanah tersebut yang tanahnya akan diambil balik oleh kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️