NegeriTerengganu

Ustaz Wan Azhar Kekal YDP PAS Besut

BESUT – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut Kali Ke 54 yang berlangsung pada 31 Ogos 2013 di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah dekat sini telah memilih Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad sebagai Yang DiPertua untuk penggal 2013-2015.

Beliau mula dipilih sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Besut pada tahun 2009 dan ini merupakan penggal ke tiga berturut-turut beliau memimpin PAS Besut.

Dalam ucaptema bertajuk “Muhasabah Perjuangan” yang disampaikannya di majlis perasmian mesyuarat agung tersebut beliau menekankan pentingnya untuk terus bekerja secara kolektif berasaskan piawaian bagi sebuah gerakan Islam.

Beliau berkata, kekuatan jamaah perlu berasaskan penyatuan di peringkat jentera dan kepimpinan bagi membentuk suatu gerakan yang kuat. PRU13 baru-baru ini adalah bukti bagaimana angin perubahan yang berlaku dalam masyarakat sehingga PAS hampir menang di dua kerusi DUN.

Beliau juga menekankan agar perwakilan memuhasabah prestasi dan performen pimpinan secara adil dalam menentukan corak kepimpinan yang akan datang.

Mesyuarat Agung tersebut juga turut memilih Saudara Cikgu Solahuddin Jaafar sebagai Timbalan Yang DiPertua dan Ustaz Adam Mat Said sebagai Naib Yang DiPertua. Manakala AJK terdiri daripada Hawari Abas, Riduan Mohd Nor, Dato’ Nik Muhammad Zawawi Salleh, Dato’ Husain Awang, Mohd Zaki Sulaiman, Khairul Ikhwan Mohd Zaki, Azlan Yusof (Che Long), Mohd Syazani Abd Razak, Zulkifli Hamat, Abd Rahim Mohd Zain, Wan Ahmad Shukri Wan Isa, Che Kob Mat Yusof, Mohd Kaspi Ismail, Abdul Aziz Abbas, Zulkefli Hamat, Muhammad Zahid Yusof dan Zukri Jusoh.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️