Langsung PRK Kuala Besut 1 :Che Long Mengundi di SK Kampung Baharu
KUALA BESUT – Calon PAS Haji Endut@Azlan atau yag lebih dikenali dengan panggilan Che Long ditemani isterinya Che Zabiah Mohammad, sampai ke pusat megundi di Sekolah Kebangsaa Kampug Baharu kira-kira jam 8.27 pagi
[lihat video]
Beliau bersalaman dengan para pengundi dan para petugas yang berada di puat megundi tersebut sebelum masuk ke bilik menngudi untuk membuang undi.
Turut mengiringi beliau adalah wakil calon yang juga YDP Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.
Turut kelihatan para petugas perayu undi PAS yag sudah berada di lapangan sejak dari awal pagi bagi meraih undi saat akhir dan memberikan sokongan moral [Lihat Video]
Sementara itu, jalan-jalan utama di Dun Kuala Besut mengalami kesesakan agak teruk pagi ini apabila kenderaan pengundi dan bertugas memenuhi jalan-jalan tersebut.
Hari Rabu, hari bekerja sebagai hari membuang undi juga suatu perkara yang baru, yang tidak pernah dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
Selain menyebabkan kesukaran kepada pengundi tempatan yang terpaksa keluar awal, keputusan SPR itu juga dikritik kerana menyusahkan pengundi luar kawasan untuk balik mengundi.
Sehubungan itu PAS menganggap keputusan tersebut cuba menyekat para pengundi luar, yang mungkin memberikn kelebihan kepada PAS.
Kembali kepada perkembangan hari mengundi, Che Long bergerak dai Sekolah Kebagsaan Kampung Baharu dan melawat serta meninjau pusat mengundi bagi UPU Kampung Nangka di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka.
Beliau sampai di sekolah tersebut pada kira-kira jam 9.10 pagi
-sila kembali dan ‘refresh’ untuk liputan terkini