NegeriTerengganu

17 Soalan Dari Parlimen Kuala Nerus

Berikut di senaraikan soalan Lisan dan soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ustaz Khairuddin;

Soalan Jawab Lisan1. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada usahawan tani luar bandar dan adakah ia patuh Syariah2. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YB Menteri Kerjaya mendedahkan kos terkini dan faktor kelewatan menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 23. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri mendedahkan statistik jenayah minum arak, judi, bunuh, rompak, zina dan khalwat mengikut negeri dari tahun 2009 hingga 20124. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri mendedahkan kadar kemiskinan berdasarkan kaum dan negeri5. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menjelaskan prosedur pengambilan tanah untuk pembangunan6. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjelaskan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang membekalkan air di negeri-negeri dalam tempoh 2008 hingga 20127. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak kerajaan telah menyediakan peluang pemasaran komprehensif berkos rendah kepada para petani8. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha-usaha yang telah diambil untuk mengawal peningkatan harga rumah kediaman di kawasan bandar9. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menyatakan sejauhmana kejayaan dan kegagalan projek-projek pelaburan harta zakat oleh institusi zakat di Malaysia10. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menyatakan adakah terdapat kajian khusus antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri untuk menyekat penularan budaya murtad

Soalan Jawab Bertulis1. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menyatakan apakah perkembangan terkini cadangan untuk menaik taraf Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil kepada Suruhanjaya Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-Undang Syariah2. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menyatakan sejauhmana usaha yang telah dilakukan untuk memartabatkan skim perkhidmatan hal ehwal Islam3. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menyatakan adakah cadangan untuk mewujudkan Dewan Pentadbiran Islam telah direalisasikan4. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menyatakan respon dan tindakan kerajaan untuk mengadaptasi Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Dalam Islam (CDHRI) pada tahun 1990 di Kaherah dalam konteks demokrasi di Malaysia5. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menyatakan sejauhmana fatwa-fatwa yang telah diwarta telah dikuatkuasakan6. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YAB Perdana Menteri menyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak JAKIM untuk memastikan status halal dalam bidang farmaseutikal di Malaysia7. YB Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta YB Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan kesan daripada peruntukan geran penanaman semula kelapa sawit berhasil rendah yang telah diberikan kepada pekebun kecil sejak 3 tahun kebelakangan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️