NegeriTerengganu

Sidang DUN; ADUN PAS Fokus Ucapan Menurut Potfolio

“Kita (PAS) telah bahagikan tugas-tugas kepada semua Adun, kita beri keutamaan kepada Adun-adun muda yang baru supaya berucap. Ambil peluang ini untuk bercakap di dewan dan yang ‘veteran’ jika ada peluang dan kesempatan kita juga akan bercakap.

“Kita telah beritahu kepada semua adun ambil kesempatan waktu soal jawab lisan, kemukakan soalan tambahan atau mencelah minta penjelasan.

“Masalah kita (ahli dewan) adalah kerana masa yang terhad, kita (PAS) ramai kali ini. Kadang-kadang isu banyak, bila masa terhad mungkin tidak sempat untuk kupas isu,” ujarnya selepas majlis angkat sumpah pada Ahad 16 Jun.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam akan menumpukan soal Petroliam dan berkaitan dengan royalti serta Dana Khas.

Sehubungan itu, Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri PAS Terengganu YB Dr Alias Razak berkata, beliau akan berucap dalam konteks isu-isu yang berkaitan kesihatan dan teknologi.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya yang juga ADUN Paka akan menyentuh soal pendidikan termasuk pengajian tinggi dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga ADUN Chukai YB Haji Hanafiah Mat akan memberikan fokus ucapannya kepada soal industri.

Selain itu, ADUN PAS yang lain akan diberi tanggungjawab sebagaimana dibawah;

1. ADUN Ladang YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar – Ekonomi dan Pentadbiran2. ADUN Tepoh YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim – Belia dan Pelancungan3. ADUN Manir YB Ustaz Hilmi Harun – Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar4. ADUN Batu Burok YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – Pembalakan5. ADUN Alor Limbat YB Ustaz Ariffin Seraman – Teknologi Maklumat6. ADUN Sura YB Wan Hapandi  – Kemudahan Awam7. ADUN Teluk Pasu YB Ustaz Ridzuan Hashim – Usahawan dan Pengguna8. ADUN Rantau Abang YB Alias Harun – Kebajikan dan Wanita9. ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah  – Agama dan Penerangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️