Mendokong Perjuangan Islam Suatu Kemulian
Demikian ditegaskan oleh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu ketika berucap merasmikan Markas Pilihanraya UPU Merang di Kampung Gong Tengah, Setiu semalam, Ahad 7 April.
Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu mengajak kira-kira 50 orang petugas yang hadir untuk bersama-sama menggunakan ruang musim pilihanraya ini, menuai ganjaran dan redha dari Allah SWT.
“Mari kita bersama berada di medan ini, bersama kita tampil ke hadapan, menafkahkan apa yang kita mampu, memperuntukan segenap keupayaan yang dimiliki, bergerak di dalam saf yang tersusun rapi di samping sepanjang masa memperbaiki hubungan kita dengan ‘Khaliq’ yang memiliki alam ini. Janji kemenangan dari Allah akan bersama kita.”ujarnya
Tambah beliau lagi, walaupun Umno, lawan politik kita seolah-olah memiliki segalanya, tapi jangan sesekali dijadikan alasan untuk kita merasa rendah diri dan hilang semangat sambil mengingatkan semua yang hadir dengan maksud firman Allah dalam al Quran, “Jangan kamu merasa lemah untuk berhadapan dengan musuh, kalau kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit. Tetapi kamu berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.”
“Sekarang adalah peluang dan kesempatan terbaik untuk kita memanfaatkan apa sahaja aset, kepakaran, kemudahan, wang ringgit, masa, tenaga serta buah fikiran dengan sehabis daya dan upaya untuk kita memastikan rakyat bersama dengan arus perubahan yang diterajui PAS bersama PR.”tambah beliau