Kemaman Sambut Kedatangan ‘Optimus Prime’ PAS
Menurut Ketua Rombongan Jelajah Treler, Ustaz Asrizal Alias, beliau amat teruja dengan sambutan masyarakat di parlimen Kemaman terhadap ‘Optimus Prime’ dan antara yang paling ramai di antara siri jelajahnya memandangkan hari ini adalah hari pertama bekerja di negeri Terengganu.
(Gambar kiri – Kepimpinan PAS Kawasan Kemaman diketuai Hj. Ismail Harun selaku Yang DiPertua mengangkat tangan tanda simbolik menawan empat DUN dan satu parlimen di kemaman dalam PRU Ke-13 nanti)
Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kedah berkata, treler yang dinamakan sebagai ‘Optimus Prime’ ini hanyalah simbolik kebangkitan rakyat yang menyokong penuh konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS kepada seluruh rakyat di Malaysia ini dalam PRU ke-13 nanti.
Turut berucap di majlis yang julung kalinya diadakan di negeri Terengganu ini ialah Hj. Ismail Harun, Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Nik Ahmad Nasri Nik Malik, Timbalan YDP, Ustaz Alias Abdul Hamid, Setiausaha PAS Kemaman, Hj Zulkifli Mat Yakim, AJK PAS Kemaman, Mahadi Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman dan Ustazah Fainah Mat, Ketua Dewan Muslimat PAS Kemaman.
Menurut Pengarah Jabatan Penegrangan PAS Terengganu, treler tersebut akan bergerak ke DUN Kemasik dan berhenti di Surau Kampung Feri pada jam 5 petang sebelum meneruskan perjalanan untuk jadual ceramah dan hiburan alternatif pada sebelah malamnya di Surau Haji Bidin, Dungun.
Jadual Jelajah Treler Negara Berkebajikan tersebut adalah seperti dibawah;
Ahad 7April, 2013; Kemaman dan Dungun11.00 pagi- Padang Astaka, Chukai05.00 ptg – Surau Kg Feri, Kemasik09.00 mlm – Surau Hj Bidin, Dungun
Isnin 8 April, 2013; Marang dan Kuala Terengganu12.00 tgh – Masjid Rusila03.00 ptg – Pasar Kedai Buloh09.00 mlm – Dataran Shahbandar
Selasa 9 April, 2013; Kuala Nerus dan Hulu Terengganu11.00 pagi – Pekan Batu 602.30 ptg – Pantai Teluk Ketapang05.30 ptg – Pasar Wakaf Tengah09.00 mlm – Sebelah Pasar Besar, Kuala Berang
Rabu 10 April, 2013; Setiu dan Besut11.00 pagi – Hadapan Masjid As Salam, Bt Rakit02.00 ptg – Kg Merang05.00 ptg – Dataran PGU, Jabi09.00 mlm – Kg Nail, Kuala Besut