NegeriTerengganu

Jentera Piliharaya PAS DUN Bandar Seratus Peratus ‘Bersiap Siaga’

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS DUN Bandar, Ustaz Ahad Shah Mohammad berkata peluang PAS dan Pakatan Rakyat untuk menguasai negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 ini amat besar.

“bagi pihak jentera pilihanraya DUN Bandar, kami pada malam ini telah mengangkat banner (sepanduk) menandakan bahawa jentera pilihanraya DUN Bandar sudah bersiap siaga 100% untuk menghadapi pilihanraya kali yang ke-13 (PRU-13),

“dan dengan keadaan itu kami yakin, dengan kesiap siagaan jentera kita di DUN Bandar ini, peluang kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Terengganu terbuka luas,”ujarnya.[Lihat Video]Belau berkata demikian selepas menaikkan sepanduk Markaz Besar Pilihanraya PAS DUN Bandar di Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, dekat sini pada Jumaat malam, 5 April.

Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada seluruh jentera dan para pencinta Islam DUN Bandar dalam usaha kempen PRU-13 dan yakin para pengundi di DUN Bandar akan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️