Orang Islam Akan DiMamah Musuh Ketika DiSerang Penyakit ‘al-Wahan’
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, orang-orang Islam yang ramai pada pada ketika itu menjadi lemah kerana ditimpa penyakit ‘al-wahan’ iaitu cintakan dunia dan takutkan kematian.
Beliau berkata demikian ketika menyampai tazkirah di masjid Kampung Batin Seberang takir dekat sini pada Selasa 12 Mac, sempena lawatannya ke Kawasan Kuala Nerus.
Oleh itu, Ustaz Hadi berkata, orang-orang Islam mestilah meneruskan jihad dan sanggup menghadapi kesusahan serta kepayahan dengan menyumbangkan diri, kesihatan tubuh badan, masa muda umur yang masih ada serta harta benda.
“seseorang itu sanggup menghadapi kesusahan serta kepayahan dengan menyumbangkan diri, kesihatan tubuh badan, masa muda umur yang masih ada serta harta benda.yang ada dan anak isteri yang ada, serta segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah digunakan untuk meninggikan agama Islam,”ujarnya.[Lihat klip Video]Namun katanya, jihad merupakan ujian daripada Allah yang mudah diperkatakan tetapi amat payah untuk dilaksanakan tetapi kelebihannya adalah amat besar.