Ahmad Said Diminta Jelaskan Dakwaan ‘Tidak Adil’ Dalam Pegurusan GLC
Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata, beliau menerima banyak sungutan dan aduan berhubung perkara tersebut yang turut mendedahkan beberapa tindakan yang ada unsur-unsur ‘salah urus dan penyelewengan’.
“kita minta Dato’ Seri Ahmad selaku ketua kerajaan menjelaskan tentang beberapa aduan dan sungutan dari kaki tangan GLC yang mendakwa terdapat tindakan pilih kasih dan tidak adil dilakukan oleh pihak pengurusan,
“mereka adalah anak-anak tempatan……. walau pun mereka adalah kakitangan swasta tetapi ada kepentingan besar kerajaan negeri dalam syaikat-syarikat tersebut……..secara langsung langsung kalau mereka dizalimi…..ia dizalimi oleh pemimpin yang sedang berkuasa,”ujarnya.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai perkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan program Explorace Bandar Chukai, di sini pada Jumaat 1 Mac [Gambar].
Menurutnya, dalam beberapa kenyataan Ahmad yang boleh dirujuk pada masa lalu, beliau mengatakan tidak ada masalah dalam pengurusan dan pentadbiran anak-anak syarikat kerajaan.
Namun, Hanafiah mempersoalkan keputusan ‘korporat apa’ yang menyebabkan beberapa anak syarikat kerajaan yang telah di senaraikan dalam bursa saham, tetapi berpatah balik, menjadi syarikat biasa.
“perubahan-perubahan dalam keputusan sesebuah syarikat memberikan impak kepada kakitangan……….kerja berat orang-orang bawah yang kena buat…….tetapi untung dan imbuhan yang tinggi serta kehidupan yang mewah hanya dinikmati oleh beberapa ‘kerat’ dalam pengurusan tertinggi,
“ini tidak adil………… tidak diajar dalam Islam………kakitangan berhak mendapat bahagian setara menurut bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing, bahkan mereka yang bertungkus lumus mestilah diberi hak imbuhan yang setimpal,”jelasnya.