NegeriTerengganu

Tiga Selebriti ‘Sebak’ Melihat Hidup Penghuni ‘Rumah Kotak’

Ketiga-tiga mereka; Aishah, Noryn Aziz dan Dayangku Intan telah dibawa melawat kesusahan hidup yang dialami oleh penghuni ‘rumah kotak’ Siti Azma Mohd Zin di Kampung Telaga Mas, Paka.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Dungun Khairiah Mokti, selain berkongsi keperitan hidup yang sedang dialami oleh ibu tunggal itu, kedatangan bekas ketiga-tiga penyanyi tanah air itu diharap dapat memberikan kelegaan kepada Siti Azma.

[Gambar; Hening seketika….. ketiga-tiga artis tidak dapat menahan sebak melihat kesusahan hidup yang dialami oleh Siti Azma]

“Muslimat juga membawa ketiga-tiga selebriti itu pergi ziarah Siti Azma, supaya mereka dapat membawa isu kemiskinan dan terabainya wanita ke peringkat

Nasional…….yang selama ini kononnya di bela oleh Umno-BN, tapi keadaan sebaliknya berlaku,”lapor skuad BO

Skuad BO juga dapat melihat, ketiga-tiga selibriti tersebut sebak dan menitiskan air mata sebaik tiba di rumah kotak Siti Azma kerana tidak menduga masih ada kehidupan rakyat Malaysia begitu dhaif, walaupun negera telah merdeka selama 55 tahun.

>>Laporan lanjut menyusul>>

Artikel berkaitan;

Dahsyatnya Fitnah ADUN Paka!ADUN Paka Tutup Kelemahan Dengan Menghina Orang Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️