NegeriTerengganu

‘R’ Cawangan Parlimen Besut Ditubuhkan dan Dilancarkan

Sesi penerangan isu tuntutan royalti turut diadakan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi R Terengganu, Cikgu Fauzi Abu Samah [Gambar].

Seramai 30 orang anak-anak muda berjaya didaftarkan sebagai sukarelawan perwira rakyat bagi meledakkan kesedaran rakyat berkaitan tuntutan yang telah dinafikan hak oleh pemerintah yang khianat kepada rakyat.

Pihak ‘R’ negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan polis yang turut menjaga keselamatan sepanjang program yang dianjurkan secara santai ini.

Semua jentera R Besut telah melahirkan keazaman bagi terus mendesak pemerintah mengembalikan hak rakyat Terengganu.

Nantikan jelajah Konvoi R pada jumaat ini, 1 Februari yang akan menerjah Parlimen Besut dan seluruh Dun-Dun Besut. Ayuh semua anak muda Besut turun beramai-ramai pada hari tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️