NegeriTerengganu

Empangan Pecah; Banjir Hulu Besut Semakin Teruk

Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, banjir di hulu besut semkin teruk dan dua pusat permindahan dibuka seawal pukul 8 pagi pada 24 Disember.

“Banjir di Hulu Besut semakin teruk, dua pusat permindahan dibuka seawal pukul 8 pagi tadi, iaitu di Sekolh Kebangsan Felda Tenang dan masjid Kampuung La.

“Sehingga pukul 2 petang, 7 keluarga di Felda Tenang, 12 keluarga di Kampung La. telah dipindahkan,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Hulu Besut berkata demikian ketika meninjau kawasan terbabit bajir itu dan menghantar bantuan bekalan keprluan harian kepada penduduk yang terjejas.

Sehubungan itu, beberapa catatan dari laman sosial mengesahkan laporan banjir yang paling terusk dalam sejarah sedag berlaku di Hulu Besut.

Salah seorang penduduk Kampung Pada Bual menulis, beliau tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dan keperluan termasuk keretanya yang tenggelam dalam arus kuat dan deras akibat empangan yang pecah.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Terengganu telah membuka bilik gerakan banjir bagi memantau dan memberikan khidmat ke seluruh neger Terengganu melalui Unit Amal.

Bilik Gerakan banjir Pemuda boleh di hubungi pada nombor 0199229158 yang di uruska sendiri oleh Pengarah Unit Amal Negeri Ustaz Saiful Anbiya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️