“Selamat bermuktamar, gerakkan agenda PGU habis-habisan,”Kata Ustaz Mohd Nor
Ketuanya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah turut merakamkan penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS Malayia dan Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan yang bertungkus lumus menyediakan segala kemudahan untuk perhimpunan tahunan pimpinan pemuda PAS se Malaysia tersebut.
“Selamat bermuktamar kepada semua pemuda PAS dan saya ucap terima kasih khusus kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga Dewan Pemuda PAS Kelantan dengan segala persiapan,”ujarnya ketika dihubungi hari ini Selasa 13 November.
Beliau berharap agar seluruh pemuda yang menjadi perwakilan dari seluruh-seluruh kawasan negeri Terengganu mengambil perhatian serius terhadap ucaputama Ketua Pemuda PAS Malaysia dan ucapan pimpinan lain dalam menggerakkan jentera pemuda PAS negeri Terengganu.
Katanya, DPPNT mewakilkan semangat dan hasrat pemuda PAS Terengganu kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman untuk berucap selaku jurucakap kepada DPPNT.
“Jurucakap bagi Pemuda PAS Terengganu ialah Ustaz Hisyamudin, Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, saya yakin beliau akan dapat ‘melakar’ dalam ucapannya ‘rangka tindakan’ persiapan untuk kita menang dalam PRU13 dan mengambil alih Putrajaya, InsyaAllah.
Justeru, beliau menegaskan, Muktamar Pemuda PAS kali ini adalah suatu medan menggilap semangat juang bagi menggerakkan ‘agenda besar’ PAS Ganti Umn (PGU) yang mesti digempur habis-habisan sebaik pulang (dari Muktamar) nanti,”tegasnya.
Berikut disenaraikan perwakilan Pemuda Kawasan-kawasan dari negeri Terengganu;
Pemuda Besut1. Zukri Bin Jusoh2. Wan Anuar Bin Wan Ahmad3. Mohd Syamri Bin Abd Razak4. Mohd Hafizi Bin Mamat
Pemuda Kemaman;1. Hishamuddin Abd Karim2. Sukiman Jinazan Jusoh3. Saiful Azmi Suhaili4. Wan Faisal Wan Abdullah
Pemuda Setiu;1. Ust Mohd Souffi Ismail2. Mohd Zaidan Abdullah3. Dzakaria Mohd Salleh4. Arif Yusof
Pemuda Kuala Nerus;1. Ust Ridwan Hashim2. Mohd Fauzi Abu Samah3. Hamidi Jusoh4. Zulkarami Salleh
Pemuda Dungun;1. Ust Mohd Hanafi bin Abd Aziz.2. En Muhammad Fakharuddin bin Abdullah.3. Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli.4. En Mohd Zafran bin Suhaimee @ Ismail
Pemuda Kuala Terengganu;1. Ustaz Wan faizul Wan Abbas2. Yusof bin Embong3. Mohd Azrin Aris4. Ustaz Mohd Nafizul Ismai
Pemuda hulu Terengganu;1.Ustaz Kamaruzaman Abdullah2. Mohd Azri Abd Aziz3. Mohd Zainol Abidin Ahmad4. Muhamad Hamdi Harun