KOPAS Tingkat Daya Saing; Urusniaga RM700,000 Selesai Dalam Masa Empat Bulan
Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak setahun yang lalu berkata, KOPAS kini sedang merancang untuk memasuki sektor pembinaan bagi membina rumah kedai dan pejabat 3 tingkat di atas dua keping tanah yang dibeli pada tahun lalu.
“AlhamduliLlah, saya merasa sukacita walaupun sedikit letih, dengan sokongan ahli-ahli semua, berjaya membeli tanah dan menjual lebih 70 lot-lot tanah bernilai RM700,000 dalam masa empat bulan,
“kita sedang merancang pula untuk mendirikan bangunan 3 tingkat rumah kedai atas dua keping tanah yang kita beli pada tahun lalu,”ujar Azmi.
[Gambar kiri; dari kiri – Pengerusi LP KOPAS Azmi Maarof, Dr Alias Razak, Bendahari Abd Rahman said dan Setiausaha KOPAS, Wan Ramli Wan Abddullah. Gambar kanan; Azmi ketika berucap]
Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan 100 orang ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan KOPAS kali ke-9 yang di adakan di Dewan Surau Haji Salleh Kampung Rahmat dekat sini Ahad 30 September.
Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli-ahli koperasi dapat meningkat iltizam menyertai skim-skim yang diwujudkan.
Namun begitu, beliau agak kesal dan terpaksa menggantung urusniaga ‘kredit mikro’ kerana ahli-ahli yang terbabit gagal untuk melunaskan pinjaman.
Mesyuarat Agung Tahunan KOPAS telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan KOPAS.
Menurutnya, KOPAS adalah antara koperasi yang telah ditubuhkan dibawah pemerintahan PAS Terengganu pada tahun 199 hingga 2004.