NegeriTerengganu

Marahkan Umno Rampas Tanah; Bangunan Baru Tiga Tingkat Naik

Bahkan, tindaka n zalim Umno-BN itu telah menaikkan semangat rakyat yang cintakan pendidikan Islam menyebabkan mereka terus memberikan sumbangan bagi pembangunan Sekolah Rendah Islam (SRI) Darul Bayan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah SRI Darul Bayan Ustaz Satiful Bahri Mamat, sumbangan derma datang mencurah-curah selepas kes rampasan tanah oleh lima JKKK ke atas SRI Darul Bayan.

“AlhamduliLlah, tindakan Umno-BN rampas tanah sekolah (SRI Darul Bayan) tidak mematahkan semangat para pejuang, bahkan lebih ramai yang menyedari kezaliman yang dilakukan,

“derma dan sumbangan sampai dan kita telah berjaya dengan sumbangan tersbut mendirikan sebuah bangunan baru,”ujarnya.

[Gambar – dari kiri mantan Ketua pemuda PAS Dungun, Zubir Salim, Mudir SRI darul Bayan Wan Mustapa Wan Kemam, Setiausaha Lembaga Pengarah SRI Darul Bayan Wan Mohd Adib dan Pengerusi LP SRI darul Bayan Ustaz Satiful Bahri mamat berdiri di hdapan bangunan baru yang sedang dalam pembinaan]

Oleh itu, katanya, sejak Januari lalu SRI Darul Bayan telah Berjaya membina satu blok bangunan baru tiga tingkat yang bernilai RM600,000.

Bagaimana pun kata beliau, dana bagi menyiapkan bangunan yang akan menempatkan pejabat baru dan ruang kelas SRI Darul Bayan  masih belum mencukupi.

Justeru beliau mengalu-alukan seluruh muslimin dan muslimat yang ingin menyumbangkan bagi menyiapkan bangunan baru tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️