Isu solat berasingan; Umno lebih suka masjid kosong!
Menurutnya, majlis penyampaian sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit merupakan majlis yang diadakan pada setiap hujung tahun.
Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga pihak MTD Hulu Besut mengadakan majlis seumpamanya.
âAlhamduliLah, tahun ini kita dapat membantu 40 buah keluarga, meringankan beban mereka, ini tahun ketiga berturut-turut kita adakan majlis macam ni,âujarnya ketika berucap dalam majlis itu.
Beliau berkata, bantuan âone-offâ yang diberikan oleh kerajaan sebenarnya terlalu sedikit dan hanya untuk yuran persekolahan sahaja.
Kataya persiapan bagi âkembali semula ke sekolahâ memerlukan belanja yang lebih besar untuk membeli kelengkapan lain termasuk pakaian, buku dan alat tulis.Menurutnya, walaupun PAS bukan sebuah parti yang memerintah, PAS mengambil berat soal kebajikan rakyat.
âprogram (ini) diadakan walaupun tidak memerintah kerana PAS memandang berat (soal) kebajikan rakyat, kerja-kerja kebajikan sentiasa dibuat dari masa ke semasa,
âsekarang PAS telah tubuh rakan khidmat dalam usaha (meningkatkan) memberi khidmat kepada masyarakat secara menyeluruh,âjelasnya.
Menyentuh isu solat Jumaat berasingan yang sedang âdiputarbelitkanâ oleh Umno dan medianya, beliau berkata ia tidak berbangkit sama sekali.
Hakikatnya, kata beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Umno tidak mahu rakyat dekat dengan masjid dan mendalami ilmu-ilmu Islam.
âahli-ahli Umno gagal memakmurkan masjid kerana sebahagian besar jemaah di masjid-masjid adalah orang PAS, bahkan yang menghidupkan masjid dengan kuliah-kuliah agama adalah ustaz-ustaz dari PAS,
âUmno lebih suka, masjid kosong, masjid tidak disuburkan dengan majlis-majlis ilmu, bagi mereka masjid hanya untuk solat sahaja,âtegasnya.
Oleh itu, kata beliau, isu solat berasingan sengaja âdikitar semulaâ bagi mengelirukan rakyat dan memberikan imej yang tidak baik kepada Islam dan PAS.
âIsu ini dibangkit (kembali) kerana dekat dengan pilihanraya umum, selama ini tidak timbul langsung, jelas Umno kekeringan isu dan cuba menutup masalah dalaman Umno dan kerajaan Barisan Nasional yang terlalu banyak,âkatanya.