NegeriTerengganu

Industri pelancongan Terengganu semakin suram???

Pengurus Besar Mayang Sari Resort, Nagoor Ghani Abu Salim ketika meluahkan pandangannya berkata, Dungun sememangnya kaya dengan keindahan semula jadi yang boleh menjadi aset penting untuk menarik pelancong, namun faktor berkenaan belum cukup membantu sektor perhotelan berkembang maju.

Nagoor Ghani berkata, jualan bilik hotel biasanya naik berlipat kali ganda apabila ada acara penting berlaku di Dungun seperti pertandingan memancing atau majlis konvokesyen yang berlangsung di universiti berdekatan.

Bagaimanapun menurut Nagoor, sejak belakangan ini, Dungun agak sunyi daripada acara tempatan dan situasi ini pastinya memberi kesan terhadap pertumbuhan sektor ekonomi yang berasaskan kepada pelanco­ngan.

“Pihak berkenaan sepatutnya menyediakan kalendar tahunan pelancong untuk memudahkan pe­ngu­rusan hotel seperti membuat perancangan untuk menggiatkan promosi di luar.

“Kalau boleh biarlah setiap bulan, ada acara penting berlangsung, barulah pelancong luar akan datang berkali-kali di sini, bila pelancong selalu datang, bisnes akan berkembang, semua pihak akan menikmati keuntungan,” katanya.

Menurut Nagoor Ghani, pihak tertentu perlu mengambil satu langkah drastik bagi menyelamatkan industri pelancongan yang semakin suram, biarpun Dungun merupakan satu destinasi pelancongan yang amat terkenal suatu ketika dahulu.

“Satu ikon pelancongan seperti pembinaan taman tema atau pusat makanan laut perlu diwujudkan di sini.

“Kemudahan asas sempurna seperti jeti bot pelancong ke Pulau Tenggol perlu dibaiki, pada masa sama harga maka­nan yang terlalu mahal berbanding lokasi pelancongan lain juga perlu dikaji semula, semua ini perlu diperhalusi jika ingin menyelamatkan sektor pelancongan yang boleh memberi sumba­ngan besar kepada ekonomi penduduk di sini,” katanya.-SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️