NegeriTerengganu

Kos Naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebenarnya RM880 juta

Namun, menurutnya, sekiranya landasan terbang dipanjangkan kearah laut, kos menjadi lebih murah kira-kira RM 200 juta.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendedahkan, setelah tiga tahun Ahmad mejadi Menteri Besar,  kos menaiktaraf Lapangan Terbang sebanyak RM530 juta tersebut telah melambung menjadi RM880 juta.

“(menaiktaraf) Lapangan Terbang Sultan Mahmud berapa kos dia? Dia (kerajaan Umno Terengganu) kata (kos) bangunan baru RM130 juta, lepas itu, landasan, oleh kerana ditambah sampai ke laut, landsan itu (berharga)R M 530 juta, jumlah dia RM660 juta.

“ Bila saya tanya, ingin mengesahkan yang kerajaan negeri jawab, kerajaan pusat berkata, projek itu berjumlah RM882 juta, bukan RM660 juta, tapi RM882 juta,”jelas Haji Wahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu-isu Sidang DUN, di Kuala Hiliran dekat sini, Khamis 8 Disember.

Menurutnya angka tersebut diketahui apabila beliau meminta penjelasan kos pembinaan itu dari Menteri berkenaan di Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️