NegeriTerengganu

Calon Muslimat berwibawa untuk kemenangan

KUALA TERENGGANU–Calon Muslimat (wanita) bagi bertanding untuk pilihanraya umum akan adatang merupakan suatu pilihan mengiikut kesesuaian setempat dan kehendak rakyat.

Justeru PAS Terengganu tidak menolak terhadap kemungkinan untuk mengenengahkan calon muslimat berwibawa yang boleh membawa kemenangan dalam usaha mengambil alih pemerintahan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, PAS terbuka berhubung soal calon dan tidak mustahil untuk menurunkan calon wanita yang berkelayakan.

“Berkemungkinan ada calon wanita yang akan ditempatkan di mana-mana kerusi dan kita sebenarnya terbuka untuk (meletakkan) calon wanita,” katanya ketika ditemui selepas program Nadwah Ulamak – Negera Berkebajikan di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu. Kuala Ibai dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataanya yang diterbitkan sebuah akhbar edisi tempatan hari ini Rabu 20 Julai.

Beliau berkata, pihaknya juga bersedia mempertaruhkan calon mereka pada bila-bila sahaja sebaik Pilihan Raya Umum ke-13 diumumkan.

Katanya, senarai tidak rasmi sudah ada dan mengakui PASmempunyai ramai calon yang berwibawa untuk diketengahkan.

Bagaimanapun, beliau menganggap penilaian terakhir bergantung kepada keputusan kepimpinan di peringkat Pusat bagi menentukan calon terbaik.

“Kita sudah bersedia meletakkan calon dan sudah membuat pembaha-gian, namun keputusan terakhir tertakluk kepada Pusat,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan memberi kerusi lebih kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbanding pilihan raya sebelumnya, beliau berkata, perkara tersebut menjadi rahsia parti buat masa ini.

Beliau turut memberitahu, pihaknya juga mungkin mempertimbangkan calon dari DAP dan juga Dewan Himpunan Penyokong Pas.

“Sampai masa kita akan maklum kepada masyarakat atau kepada media untuk memaklumkan kepada orang ramai. Apa yang penting kita sudah bersedia dan sudah ada calon,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️