NegeriTerengganu

Pemilihan PAS Besut; Ustaz Wan Azhar kekal YDP

BESUT– Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengekalkan jawatannya sebagai Yang DiPertua PAS Besut dalam pemilihan ‘secara segugus’ Jawatankuasa PAS Kawasan Besut yang berlangsung Sabtu 9 April.

Seramai 20 orang telah dipilih oleh perwakilan dari cawangan-cawangan bagi menduduki Ahli Jawatnkuasa PAS Kawasan Besut bagi sesi 2011 -2013.

Undian tertutup secara syura yang dibuat dikalangan 20 orang tersebut kemudiannya telah memberikan kelebihan majoriti kepada Wan Azhar untuk memegang amanah bagi penggal yang kedua.

Manakala, Pengerusi MTD Hulu Besut, Cikgu Solah yang juga ‘muka baru’ dalam saf PAS Kawasan telah dipilih bagi melakanakan amanah sebagai Timbalan Yang DiPertua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️