PRN Sarawak – Cabaran Petugas PAS Terangganu di Muara Tuang
KUALA TERENGGANU– Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) akan menghantar 100 tenaga mahir membantu pilihanraya negeri Sarawak yang akan bermula selepas penamaan calon Rabu 6 April.
Menurut Penasihat kontingen BPPNT, Haji Hanafiah Mat, petugas Terengganu akan turun dalam dua gelombang bermula Selasa 5 April dan berterusan sehingga hari mengundi pada 16 April.
“PAS Terengganu akan bertugas di DUN Muara Tuang dalam Parlimen Kota Samarahan, dua gelombang petugas akan turun mula 5 hinga 16 April,
“setakat ini hampir 100 orang telah mengesahkan kesediaan untuk berkampong dalam pilihanraya negeri Sarawak,”ujarnya ketika dihubungi Buletinonline
Katanya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah pun melancarkan jentera pilihanraya DUN tersebut semalam (gambar kanan).
Sehubungan itu, laman PAS Sarawak melaporkan, kunjungan Presiden PAS ke Sarawak mulai 1 April, telah menyuntik semangat petugas-petugas tempatan PAS.
Menurut laman tersebut, Ustaz Abdul Hadi mempunyai jadual ketat bagi melawat persiapan jentera pilihanraya PAS di kawasan-kawasan di mana PAS akan bertanding.
Pada 28 Mac lalu, mesyuarat Majlis Pimimpin Pakatan Rakyat mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP.
Lima DUN yang akan ditandingi PAS adalah N3 Tanjung Datu dalam Parlimen Santubong, N15 Muara Tuang (Kota Samarrahan), N20 Sadong Jaya (Batang Sadong), N22 Sebuyau (Batang Lupar) dan N24 Beting Maro (Batang Lupar).
Menurut Hj Hanafiah (Gambar kiri) yang juga Penolong Setiausaha BPPNT, diantara 5 DUN tersebut, Muara Tuang dan Tanjung Datu dilaporkan mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk PAS menang.
Manakala saingan hebat dijangka menjadi halangan bagi mencapai PAS kemenangan di Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Namun begitu, katanya kehadiran 2000 undi pos di Muara Tuang akan memberi cabaran besar kepada para petugas pilihanraya, khususnya petugas PAS dari Terengganu.
** Peta Bahagian Pilihanraya Sarawak