Bob Lokman belum bersedia untuk bertanding……
(Kemaskini – video klip)KUALA NERUS– Bekas artis seni dan budaya, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Bin Lokman, yang kini giat mengadakan ceramah jelajah keliling negara, belum bersedia untuk bertanding dalam pilihanraya.
Beliau yang hadir dalam program ‘2 jam bersama Bob Lokman’ di majlis sambutan Jubli Perak Ulang tahun ke 25 tahun PAS DUN Tepoh disini, berkata ilmunya masih terlalu sedikit dan perlu banyak ‘mengaji’ lagi
“Bertanding?……… dok (tak) lagi….sedang mengaji (belajar) lagi, sepuluh tahun pun tak habis lagi,”katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut..
(Cambar kiri – Bob menyampaikan tazkirah di masjid Taqwa Batu Enam selepas waktu magrib)
bertongkat, ceria bergambar bersama peminatnya)
Menurut Bob Lokman, beliau menyertai PAS kerana beliau melihat PAS adalah sebuah parti memperjuangkan taqwa kepada Allah dan memperjuangkan Islam.
Beliau yang dilihat bersama Umno sebelum ini berkata, Umno hanyalah ‘parti cari makan’ dan mendedahkan, beliau dibayar sebanyak RM35,000 ketika berkempen untuk Umno dalam pilihanraya.
Oleh itu, beliau mangajak anak-anak muda untuk terus memperjuangakan Islam bersama gerakan Islam PAS kerana ia adalah satu tanggungjawab membesarkan Allah, sebagaimana didalam al-Quran.
Berjuang menegakkan Islam bersama PAS tidaklah menjamin seseorang masuk syurga, tetapi kata Bob, seseorang yang engkar dan enggan memperjuangkan Islam, pasti masuk syurga.
“Anak-anak muda kena isikan diri dengan ilmu dan bangun berjuang mempertahankan Islam, sesungguhnya kalau kita berjuang dalam gerakan Islam (PAS) memanglah tidak ‘comfirm’ (ada jaminan) kita masuk syurga kerana ada lagi banyak masalah,
“tetapi kalau mereka yang engkar dan enggan memperjuangankan Islam, itu ‘comfirm’ masuk neraka,”jelasnya.
(Gambar kanan – Bob (bertongkat), ceria bergambar bersama peminatnya selepas ceramah di Wakaf tengah)
Bercakap tentang bidang yang diceburinya sebelum ini, katanya, seseorang yang mahu menyelamatkan iman dan taqwa, tidak boleh meneruskan kariernya dalam dunia seni dan budaya sebagaimana yang ada sekarang.
Dalam menceritakan pengalamannya beliau berkata, dunia hiburan terlalu banyak terpesong dari penghayatan Islam.
Bahkan, beliau berani berkata, ramai orang-orang Islam yang terlibat dengan pembikinan filem adalah ‘munafik’.
“Mereka buat filem dakwah, sedap tengok, tapi mereka tak sembahyang, tak berpuasa…..jadi makcik-makcik dan pakcik-pakcik tengok drama yang, munafik’,”tegasnya.
Dengar ucapan Bob melalui Buletinonline Radio
http://www.youtube.com/watch?v=P2nAeLI35co&feature=channel_video_title