NegeriTerengganu

Ubahsuai DUN Terengganu RM2 juta

KUALA TERENGGANU– Kerja-kerja pengubahsuaian tempat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang melibatkan peruntukan RM2 juta sedang dilaksanakan dan dijangka siap akhir bulan ini.

Speaker DUN Negeri Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, pengubahsuaian itu dikira perlu bagi memberi keselesaan kepada anggota dewan terutama di tempat duduk pegawai-pegawai kerajaan di bahagian belakang.

“Dewan itu sudah berusia 30 tahun dan sampai masanya ia perlu beri sedikit keselesaan kepada ahli yang semakin bertambah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat (Mubarak) negeri Terengganu di sini Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Mubarak Terengganu Datuk Ahmad Sidi Ismail dan Pemangku Presiden Mubarak Malaysia Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Katanya, pesidangan DUN Terengganu akan datang ialah pada 9 Mei depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️