Teguran Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Wajar
Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Tengku Baderulzaman dan berharap dapat memberikan peringatan dan kesedaran kepada kerajaan negeri.
Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata teguran tersebut adalah amat wajar memandangkan kemiskinan di negeri Terengganu masih di tahap tercorot.
(Gambar â Tengku Baderulzaman bersalaman dengan ADUN PAS, Dr Syed Azman â Batu Burok, berjabat tangan sambil diperhatikan oleh Datoâ Tengku Hassan â Ladang)
Beliau berkata, negeri Terengganu masih mendapat jolokan ânegeri kaya rakyat miskinâ walaupun berbilion ringgit wang telah dibelanjakan sejak Barisan Nasional merampas pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004.
Katanya, kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kemiskinan rakyat kerana ia menjadi âalat politikâ untuk meraih sokongan dan undi semasa pilihanraya.
âKemiskinan menjadi âalat politikâ untuk meraih sokongan, kekayaan hasil negeri di bazirkan dengan projek-projek yang tidak menguntungkan dan (tidak) memberi manfaat (yang banyak) kepada rakyat,âujarnya ketika ditemui.
Oleh itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan bukannya membela rakyat, tetapi mengambil kesempatan menindas dan mengugut rakyat yang miskin.
Justeru, katanya, pembangunan yang dihebahkan oleh kerajaan hanyalah projek-projek yang menguntungkan pimpinan Umno serta kroni.
âRakyat di ugut dengan budaya âsubsidiâ, tak sokong Umno tak dapat âwang ehsanâ tak dapat âdana khasâ duit raya,
âtak sokong Umno tak dapat bantuan rumah PPRT, tak dapat bantuan basikal dan macam-macam lagi ugutan,
âKonon, atas nama âPembangunanâ buat projek sana-sini, yang dapat projek pemimpin Umno dan kroni, rumah penduduk dirobohkan, penduduk Melayu dalam kawasan Bandar dihambat keluar, merempat di bumi sendiri,âtegasnya.
Mengulas perkara yang sama, ADUN Ladang Datoâ Tengku Hassan Omar berkata titah Tengku Badrulzaman mengesahkan kegagalan kerrajaan dalam membasmi kemiskinan.
Selain kurang âfokusâ, kata beliau, perlaksanaan pemberian bantuan oleh kerajaan dan agensi masih berlaku pilih kasih dan âpilih buluâ.
âKata Tengku Baderulzaman, (kerajaan) basmi kemiskinan belum membanggakan, maknanya kerajaan gagal menangani isu ini dengan baik,
âmungkin kurang âfokusâ (tumpuan) dan perlaksanaan masih pilih kasih, bantuan diberi masih ambil kira âorang kitaâ atau âorang diaâ,
âbanyak (kewangan) dihabiskan dalam bentuk pemberian âwang ehsanâ, tetapi tidak menyediakan peluang pekerjaan secukupnya untukk tinggikan pendapatan rakyat,âtegasnya.
Kerajaan negeri Terengganu ditegur oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, dalam titah pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula hari ini, Isnin, 5 April.
Tengku Baderulzaman bertitah kemiskinan masih âmenghantuiâ kehidupan rakyat Terengganu, walaupun banyak program dilaksanakan oleh kerajaan, namun masih belum menunjukkan hasil yang membanggakan.
Justeru, Tengku Baderuzzaman menekankan, supaya kerajaan negeri Terengganu memberikan penumpuandan memberi bantuan hanya kepada golongan yang layak sahaja.
Selain itu, Tengku Baderulzaman turut meminta kerajaan negeri memberikan tumpuan tentang kemudahan perumahan untuk rakyat, pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, sektor pertanian dan asas tani.
Titah beliau turut menekankan supaya pembaziran, penyelewengan dan salah urus hendaklah di hapuskan daripada pengurusan awam.