Home Artikel PAS Johor

PEMBERIAN DUIT RAYA KEPADA ANAK TAHFIZ DAN SERAHAN SUMBANGAN CERIAKAN KETIBAAN SYAWAL.

42 views
SHARE

PEMBERIAN DUIT RAYA KEPADA ANAK TAHFIZ DAN SERAHAN SUMBANGAN CERIAKAN KETIBAAN SYAWAL.

27 Mei 2019 bersamaan 22 Ramadhan 1440H(Isnin):

Petang yang tenang dan mendamaikan.. Hujan renyai -renyai yang turun membasahi bumi seakan merestui jalinan siturrahim dan ukhuwwah yang tersimpul erat lambang keazaman dan keberkatan sebuah pertemuan atas nama Penyatuan Ummah demi ISLAM.

Hari ini diadakan Majlis Agihan Sumbangan Fasa 2 dan Majlis Berbuka Puasa di Kampung Felcra Sekijang bagi meraikan anak tahfiz yang merupakan cucu generasi Felcra Sekijang yang sedang mengikuti pengajian dan mendalami kemuliaan Al-Quran dalam bidang hafazan.

Juga majlis penyampaian sumbangan kepada sebahagian penerima sumbangan bagi penduduk Felcra Sekijang,RISDA Sekijang dan Kg.Sekijang.

Penerima ini tidak dapat hadir dalam majlis pada 24 Mei 2019 yang berlangsung sebelum ini atas faktor yang tidak dielakkan .

Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada penduduk kampung dan dapat meringankan beban menjelang Syawal yang bakal tiba tidak berapa lama lagi .

Majlis ini adalah anjuran bersama ‘Skuad Cikgu Mala Prihatin’ dengan kerjasama ‘WADIRA’ (Wanita Dinamis Felcra ) bagi kawasan Felcra Sekijang .

Turut menjadi penganjur bersama adalah dari Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan ( PENDIDIK), Pusat Aduan Rakyat(PAR) Negeri Johor dan Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM).Kebetulan saya aktif dengan beberapa penubuhan NGO dan taskforce ini .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Ayub bin Rahmat (Penaung Pusat Tahfiz Akademi Teknologi Takzim merangkap Mantan Exco Kerajaan Negeri Johor )yang telah melapangkan masa memenuhi undangan ini dan bermurah hati memberikan duit raya kepada anak Tahfiz dan penerima sumbangan juga menaja sebahagian kos jamuan untuk Majlis Berbuka Puasa di Felcra Sekijang .
Semoga di dalam keberkatan di dunia dan di Akhirat .

Merenungi sepotong hadis yang bermaksud :
“Barang siapa memberi makanan untuk orang yang berbuka berpuasa, maka ia memperoleh PAHALA sama dengan orang yang berpuasa, sedangkan PAHALA orang yang berpuasa itu tidak berkurang sedikit pun”  (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Semoga ALLAH SWT murahkan rezeki dengan berlipat kali ganda dan beroleh keberkatan serta kebahagiaan dunia dan Akhirat , berkat kemurahan hati bersedekah di bulan Ramadhan dan melaksanakan kerja -kerja menyantuni rakyat di bulan yang mulia ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pimpinan ,majlis penyerahan sumbangan,bacaan tahlil ringkas dan majlis berbuka puasa serta Solat Maghrib berjamaah.

Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Datuk Ayub Bin Rahmat atas kesudian berkunjung ke kampung saya di Felcra Sekijang .

Rasa sangat terharu kerana sudi lapangkan masa menyantuni orang kampung di Felcra Sekijang dan hadir majlis berbuka puasa bersama .

Mohon jutaan maaf jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis berlangsung .Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah milik ALLAH SWT jua.

Moga kita akan dipertemukan di program lain pada masa akan datang di Felcra Sekijang dalam majlis yang lain pula untuk memberi manfaat kepada rakyat marhaen yang sentiasa memerlukan sentuhan dan keprihatinan dari semua pemimpin berjiwa rakyat .

“PENYATUAN UMMAH DEMI ISLAM.
“RESTUI KAMI UNTUK TERUS BERBAKTI”.
“UKHUWWAH ITU INDAH JIKA SEGALANYA DINIATKAN UNTUK MENCARI REDHA ALLAH SWT”.

Ingatan tulus :
Pn.Normala Sudirman(Cikgu Mala)
1.Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK).
2.Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM).
3.Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat(PAR) Negeri Johor.
4.Pengerusi Skuad Cikgu Mala Prihatin .