Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah Al-Waqi’ah : Siri 24

82 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran ๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Al-Waqi’ah: Siri 24

Ayat: 81-82: Kecaman Terhadap Golongan yang Meremehkan Al-Quran

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ุฃูŽููŽุจูู‡ูŽูฐุฐูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ุฃูŽู†ุชูู… ู…ู‘ูุฏู’ู‡ูู†ููˆู†ูŽ – ูจูก
Maka apakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?

ูˆูŽุชูŽุฌู’ุนูŽู„ููˆู†ูŽ ุฑูุฒู’ู‚ูŽูƒูู…ู’ ุฃูŽู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชููƒูŽุฐู‘ูุจููˆู†ูŽ – ูจูข
Kamu (mengganti) rezeki (yang Allah berikan) dengan mendustakan Allah

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1. Allah SWT mencela manusia yang memandang rendah terhadap Al-Quran dan meremehkannya dengan:

i. Menolak isi kandungan Al-Quran dan tidak membenarkannya.

ii. Tidak mengikut perintah-perintah dalam Al-Quran serta tidak menjauhi larangannya.

iii. Menyembunyikan kandungannya dan enggan menyebarkan ajaran dan pesanan di dalamnya kerana takut kepada celaan dan cercaan manusia.

iv. Mereka meragui khabar peristiwa yang menjelaskan kebangkitan semula dan kehidupan akhirat.

2. Kemudian Allah mencela lagi orang-orang musyrik yang telah mendustakan nikmat dan rezeki pemberianNya. Sesungguhnya rezeki terbesar untuk umat ini adalah Al- Quran. Malangnya mereka tidak bersyukur dan menerima rezeki tersebut dengan penerimaan yang buruk sekali iaitu dibalas dengan pendustaan. Maka pendustaan itulah yang akan menjadi rezeki mereka yang mereka usahakan dalam kehidupan ini dan yang mereka simpan untuk akhirat kelak. Maka alangkah buruknya rezeki itu!

3. Begitu juga nikmat-nikmat kehidupan yang lain. Allah SWT turunkan hujan yang menumbuhkan pelbagai macam rezeki, Allah jadikan mereka mampu untuk berlayar di lautan dan sebagainya; tapi tetap juga mereka mendustakan semuanya, padahal semuanya adalah daripada Allah.

๐ŸŽ€ Pengajaran:

1. Al-Quran adalah nikmat terbesar yang Allah kurniakan untuk umat ini. Tidak pantas kita sebagai hamba menyambut Al-Quran dengan sebelah mata sahaja dan meremehkannya. Akibat peremehan ini timbul satu fenomena yang menyedihkan. Manusia hidup dalam kelalaian dan tidak mengerti tentang Allah dan keagungan-Nya. .

2. Al-Quran diturunkan untuk di amal dan disebarkan. Janganlah kita menyembunyikan kebenaran yang tersemat di dalamnya kerana semata-mata menjaga kepentingan diri, jawatan dan kedudukan kita atau kerana takut kepada manusia, takut pada celaan dan cercaan mereka. Isinya hanyalah kebenaran semata-mata dan ia sepatutnya diberitakan dan disampaikan secara terang-terangan.

3. Al-Quran itu benar. Datang daripada yang Maha Benar. Sepatutnya kita wajib mempercayai segala berita besar dan hebat di dalamnya; lebih baik daripada kita mempercayai berita yang tidak dapat dipercayai dan datang daripada pembohong.

4. Mensyukuri nikmat anugerah Al-Quran antaranya dengan berlama-lama dengannya. Menekuni dan memuliakannya. Tidak rasa jemu. Perbanyakkan menatap dan membacanya lebih daripada kita menatap media-media dan gadjet yang banyak memaparkan berita-berita tidak berfaedah. Inilah ujian dan cabaran hari ini yang perlu kita sedari dan tangani.

5. Jadikan Al-Quran sumber utama untuk kita rujuk dan menyampaikan isi dakwah. Juga rujukan utama sebagai panduan kita dalam menerima berita. Di zaman penuh fitnah dan pembohongan ini, janganlah kita terpedaya dan menjadi penyebar berita palsu dan dusta. Malah tanpa kita sedar kita menjadi agen dakyah puak musuh Islam.

6. Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh membersihkan hati kita dengan zikir dan sebaik-baik zikir adalah Al-Quran. Moga ia membantu kita dalam beribadat kepadanya serta melembutkan hati-hati yang keras.

๐Ÿ“š Rujukan:
Tafsir Ibnu Katsir
Tafsir Al-Wajiz, Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
29 Mei 2019 / 24 Ramadhan 1440