TUMPAT, 27 Feb: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat meluangkan masa melawat tapak jualan di Pantai Geting yang rosak akibat ribut, semalam.
Menurut YB Ustaz Wan Roslan, beliau telah mengambil tindakan segera untuk memastikan nasib 15 peniaga terbela dan dapat berniaga semula seperti biasa.