Home Berita PAS Johor

12 Mac Pembuangan undi PRN Johor, PAS sentiasa bersedia.

294
SHARE
Gambar fail

Oleh Nazirul Munir

Kluang : PAS Johor bersedia hadapi pilihan raya pada bila-bila masa dan menerima tarikh yang telah diumumkan oleh pihak SPR serta terus memperkasakan media sosial.

Demikian dinyatakan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin ketika diminta mengulas tentang pengumuman SPR berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor harini.

Tambah beliau lagi, pendekatan untuk menarik golongan muda (UNDI18) sentiasa diteruskan dengan kerjasama lajnah-lajnah dan unit dibawah PAS.

“Kita (PAS) mempunyai DACS, ARC, Briged Muslimat, Jabatan Amal untuk menarik minat anak-anak muda bersama-sama dengan kita, sebagai contoh program kesenian di Pontian baru-baru ini, ramai anak muda yang sertainya.

“Kita (PAS Johor) masih menunggu keputusan dari PAS Pusat kerana rundingan pembahagian kerusi masih lagi dijalankan dan kemungkinan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“PRN Melaka tidak boleh menjadi kayu ukur keputusan kerana situasi di Melaka berbeza dengan Johor. Johor sendiri mempunyai 56 Dun yang jauh lebih besar,” ujar beliau ketika dihubungi Wartawan Rakyat Johor.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pada 8 Mac 2022.

“SPR telah melantik 56 pegawai pengurus pilihan raya dibantu 186 penolong pegawai pengurus. Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU Dewan Negeri Johor ke-15 yang dikemaskini sehingga 21 Januari 2022 mengandungi 2,597,742 orang pengundi ” katanya pada sidang media harini.

DUN Johor penggal ke-14 dibubarkan secara rasmi pada 23 Januari lepas dengan perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas baginda menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkaitan perkara itu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari yang sama.