Home Rencana PAS Wilayah

Tahniah buat YB PAS

292
SHARE

Saf kepimpinan PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan tahniah kepada YB Senator Datuk Ustaz Idris Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Timbalan Menteri 2 Pertanian dan Industri Makanan atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran ‘Datuk”.

Pengurniaan darjah kebesaran ini telah diperkenan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2022.

Semoga pengurniaan ini menjadi kekuatan kepercayaan masyarakat kepada YB untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efektif demi kesejahteraan bersama.

Siiru ‘ala barokatillah.

“Islam Menyatukan Ummah”

Yang berkhidmat,

MOHD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa,

8 Februari 2022 |

6 Rejab 1443H