Home Berita PAS Kedah

100 pek kuih raya buat staf dan pesakit Hospital Jitra

32
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

JITRA – Sebanyak 100 pek kuih raya telah diedarkan oleh PAS kawasan Kubang Pasu kepada kakitangan dan pesakit di hospital Jitra sempena Aidilfitri baru-baru ini.

Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Pasu, Mohd Syarizal Maksir membuat penyerahan kuih raya tersebut kepada seluruh kakitangan pihak Hospital Jitra bersama Ketua Dewan Muslimat Kubang Pasu, Professor Madya Puan Habshah Bakar.

Pihak PAS Kawasan Kubang Pasu turut berkesempatan merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kakitangan hospital.

Turut bersama dalam program tersebut seramai 11 ahli jawatankuasa PAS kawasan dan ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS kawasan Kubang Pasu.