TUMPAT, 21 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi turun padang menziarahi dan menyantuni mangsa banjir yang tinggal sekitar Pulau Gorek dan persisiran sungai Kelantan.
“Semoga urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT dan kita doakan semua rakyat di Kelantan dan seluruh negara dilindungi Allah SWT daripada musibah banjir yang lebih teruk”, ujarnya selepas mengagihkan bantuan wang tunai dan makanan asas kepada 100 keluarga yang terjejas banjir.
Sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) itu turut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kelaboran, YB Cikgu Adanan Hassan bersama isteri, diriingi Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MeSRA) dan NGO Kelaboran Care serta penghulu.