Home Berita PAS Kedah

Ziarah warga emas sakit tua

87
SHARE

PENDANG – Kehidupan seorang warga emas yang terlantar sakit dihujung usia selepas diuji dengan masalah kesihatan sakit tua di Kampung Changkat Jering mendapat perhatian PAS Kawasan Pendang, semalam.

Hashim Din, 82, diuruskan oleh ahli keluarganya memandangkan beliau kini hanya terlantar di katil dan tidak lagi mampu menguruskan diri.

Memahami ujian yang menimpa beliau dan ahli keluarganya, Yang Dipertua PAS Kawasan Pendang merangkap ADUN Tokai, YB Dr Hayati Othman hadir menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan kehidupan mereka sekeluarga.

PAS Kawasan Pendang turut mendoakan Pak Su Hashim agar diberikan kesembuhan dan ahli keluarganya diberikan kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian.