Home Berita PAS Terengganu

Berjaya Lunas Hutang : Tahniah Menteri Besar dan Kepimpinan Kerajaan Terengganu

118
SHARE

Sekalung tahniah diucapkan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri atas kejayaan melunaskan 64 peratus hutang tinggalan kerajaan BN.

Berdasarkan rekod, pada 2019 sejumlah RM733.13 juta kerajaan Terengganu berhutang dengan kerajaan Persekutuan termasuk tanggungan hutang terbesar berkait ‘Deferred Payment’ dan ‘Scheduled Payment’.

Alhamdulillah, dalam tempoh tiga tahun sahaja bebanan itu berjaya dilunaskan oleh kerajaan PAS, sehingga hari ini baki hutang yang tinggal hanya RM267.1 juta.

Tahniah dan terima kasih juga kepada kerajaan negeri kerana walaupun terbeban dengan bayaran balik hutang yang tinggi, kebajikan rakyat menerusi beberapa inisiatif seperti pemberian Pencen Rakyat, Rumah Mampu Milik, Air Percuma dan Cukai Pintu Percuma tetap dilaksanakan.

Semoga pentadbiran kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Menteri besar bertambah kukuh sesuai dengan slogan Terengganu, Maju, Berkat, Sejahtera.

Ustaz Yusuf Abdul Hadi,
Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang.