Home Berita PAS Johor

Ziarah sumbangan pasca banjir PAS Tebrau

126
SHARE

Oleh : Siti Nur Aisyah Az Zahra

Tebrau, 5 Feb : Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tebrau, Sekolah rendah dan menengah At Tahfiz (MITT) Taman Mawar Pasir Gudang dan Kelab Kebajikan Anak Tebrau telah menganjurkan program ziarah dan serahan sumbangan barangan elektrik kepada mangsa banjir di beberapa perkampungan yang terjejas di daerah Segamat, kemarin

Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail telah menyempurnakan program dengan mengetuai rombongan ziarah ini turut mendoakan dan memberi kata kata semangat kepada semua penerima sumbangan.

Di dalam setiap perbualan bersama mereka, Ustaz Khirul menekankan kepentingan solat dan berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan tanpa putus asa.

“Musibah dan ujian yang Allah turunkan adalah tanda sayang Allah pada hamba nya. Tetap sabar dan berdoa kerana terdapat kemanisan dan senyuman di sebalik setiap ujian,” pesan Ustaz Khirul.

Turut sama hadir dan membantu dalam program ini ialah Penasihat Khidmat Malaysia Segamat, Ustaz Abdul Hadi Mohamed Suhaimi dan Penyelarasnya Moin Abdul.

Disamping itu, sumbangan berbentuk makanan asas seperti beras, gula dan tepung turut di agihkan di dua madrasah yang terlibat banjir di segamat.

Daerah Segamat antara kawasan yang terlibat dengan kerosakan yang besar akibat bencana banjir yang melanda negara awal tahun ini.