Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tidak membakul sampahkan projek kerajaan terdahulu

325
SHARE

Kerancakan pembangunan Kedah Rubber City (KRC) Padang Terap merupakan salah satu contoh pendekatan Kerajaan Negeri Kedah sekarang yang tidak mengamalkan politik ‘Scrape Off’ ataupun menghentikan atau membakul sampahkan projek-projek yang dibuat oleh kerajaan terdahulu yang memerintah.

Walaupun Projek KRC adalah projek kerajaan terdahulu yang berlainan warna parti,usaha untuk merealisasikan KRC menjadi fokus kerajaan dibawah pimpinan YAB DS Muhammad Sanusi Md Nor dan kini semakin menjadi kenyataan, isu-isu dan masalah tertangguh seperti sumber air dan elektrik dapat diselesaikan dengan baik. Pelabur terus datang untuk melabur dengan penuh yakin. Semua pihak bergabung dan bekerjasama bermula peringkat persekutuan , negeri dan daerah, pelbagai agensi dan jabatan, tanpa menyentuh sentimen kepartian.

Kini KRC merupakan lambang kemajuan baharu kepada Negeri Kedah dan kebanggaan rakyat Kedah dan Padang Terap khususnya. Hong Seng Industry (HSI) adalah pelabur pertama KRC dengan jumlah pelaburan sebanyak 3 bilion dan bakal membuka peluang pekerjaan kepada 1600 orang.

Fasa pertama ini dijangka siap pada 2023. Ada lagi banyak syarikat akan melabur dalam projek ini. Inilah tanda apabila semua pihak ikhlas bekerja, mengutamakan kepentingan rakyat, mengasingkan sentimen kepartian dengan kerja pentadbiran kerajaan, maka kita akan lihat hasilnya yang cepat dan efektif.

‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’

Ustaz Nurul Amin Hamid

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah